Thursday, March 25, 2010

surat paksa

**********
Jari-jemariku pantas menekan butang-butang pada kalkulator Casio fx-570MS milikku.Otakku ligat mencari penyelesaian kepada soalan Core Mathematics yang agak memeningkan.Semakin lama aku berfikir,semakin susah soalan itu.Namun kerja ku terhenti apabila terdengar satu suara yang memang aku kenal.

"Weh, nak tau tak?..surat yang kite tulis hari tu dah sampai kat rumah..".

Pernyataan yang membuatkan aku semakin sukar untuk meneruskan pengiraan bagi menjawab soalan-soalan matematik itu.Lantas ku letakkan pensel di atas kertas soalan lalu memasang telinga untuk mendengar khabar tersebut dengan teliti.

"Aah la weh..mak aku cakap dia nak frame surat tu..terharu dia bace..",sahut seorang daripada rakanku.

Gulp!..

**********

surat paksa bermaksud surat yang ditulis secara paksaan..kami(bdk MMC yg pegi BTN) telah disuruh untuk menulis surat kepada ibu..apa2 la yang nak dicakapkan kat mak..dengar cite surat tu akan di post kan bile dah fly..tapi..hemm..tu la..dah sampai kat rumah dah pun..

apa2 pun,kepada ibu2 yang dah menerima surat tu,terimalah dengan senang hati ye..kami tulis seikhlas hati..dan yakinlah bahawa ade titisan air mata yang dah kering kat surat tu..huu..sob2..

0 point(s) of view:

Post a Comment