Tuesday, July 19, 2011

hanya kerana tisu

Salam alayk~

Semalam keluar jalan2 melayan perasaan..nak beli barang sebenarnya..heheh..keluar sorang2..dah namanya melayan perasaan..jadi lebih afdhal kalau sorang2 kan?..tak pergi jauh pun..pergi Fathalla yg jauhnya sekadar melewati 2 mahattah sebelum sampai ke mahattah ibrahimiyya..perjalanan kali ini agak lancar..tram yang diharapkan tiba awal..tak perlu menunggu lama dibawah pancaran matahari yang sangat terik diwaktu summer ni (hiperbola ke?..takpe la)..tram meluncur laju..kelihatan seorang mahasiswi Malaysia di satu sudut tram..mukanya sangat familiar..oh, rumah kami di bangunan yang sama..di imarah Abu Mahmoud..amat mustahil kalau tak kenal..sampai di Ibrahimiyya,cepat2 saya turun..oh, kebetulan lagi..pelajar tadi turun di tempat yang sama..”Dia pun nak pergi Fathalla jugak kot”, saya mengagak..berjalan meredahi lautan manusia sebelum sampai ke Fathalla agak mencabar..tapi lebih mencabar kalau berjalan waktu malam..sebab warga Mesir suka bershopping diwaktu malam..dengan riuh para penjual yang terjerit2 melariskan barang, dengan hon2 kereta orang yang nak lalu dilaluan sempit, dengan tangisan anak2 kecil yang dilarang ibunya untuk membeli sesuatu..hemm,memang letih nak meredah keadaan macam ni..tapi seronok..sempat juga saya menjeling barang2 yang menarik..mana tahu, boleh dijadikan souvenirs untuk orang Malaysia..hee..

Sampai di Fathalla, saya pun memulakan misi..mencari barang2 keperluan..wah!..teruja saya dengan keadaan Fathalla yang baru..eh,takda perubahan sangat pun..cumanya jualan kurma dan kekacang dah bermula..’Ahlan2 ya Ramadhan!’..lebih kurang macam ni la poster2 yang digantung..lagu2 yang dipasang pun bertemakan Ramadhan..sungguh semangat orang2 di Mesir ni menyambut Ramadhan..Allah!..T_T

Sewaktu pulang, nasib saya sekali lagi baik..tak perlu menunggu tram..sebab tram yang menunggu saya..tanpa berlengah, saya terus melompat ke dalam tram..eh, tak..naik tram..uh, ramainya orang..waktu petang memang ramai orang..saya pun mencari2 port untuk berdiri dengan stabil..dan terjumpalah satu port kosong..saya berdiri..tram berjalan dan akhirnya berhenti di mahattah seterusnya..disebabkan kurang kestabilan, saya terlanggar bungkusan plastic seorang mak cik tua berniqab yang sedang duduk di tangga tram..pakaian mak cik ni kurang bersih..tambahan pula plastik miliknya yang berisi tisu dan beberapa barang lain kelihatan tidak teratur..jadi saya mengagak mak cik ni mesti peminta sedekah..walau macam mana pun, saya meminta maaf pada mak cik ni..ma3alish!..saya tak pasti mak cik ni tersenyum atau tidak kerana mukanya tertutup oleh niqab..tiba2 mak cik ni sentuh saya..dia tanya,


”enti tholibah fi mowassah (awak pelajar di kuliah perubatan ke)?..”..

”eih (apa)..?”, saya tanya semula kerana kurang jelas..

dia mengulang soalannya.. ”enti tholibah fi mowassah (awak pelajar di kuliah perubatan ke)?..”..

”aiwah (ye)!”, saya jawab sambil tersenyum..

dia tanya lagi,”imtihan khalas emta (exam habis bila)..?”..

” ‘asyara (10)..”,saya jawab ringkas..

“ ‘asyara thamania (10/8)..?”,ulangnya untuk kepastian..

“aa, ‘asyara thamania (aah, 10/8)..”,saya jawab..dia mengangguk..

“aizah manaadil (nak beli tisu)..?”, tanyanya sambil menunjukkan tisu2 dalam beg plastiknya..disebabkan pada mulanya saya mengagak mak cik ni peminta sedekah, jadi saya menjawab,”la’, mush aizah (tak, saya tak nak)..”..

mak cik tu mengangguk, kelihatannya seperti tersenyum..mungkin senyum kecewa..tiba2 saya rasa tak sedap hati..otak mula berfikir..tinggg!! (keluar mentol)..ha,dah ingat!..entah2 mak cik ni yang hari2 saya jumpa masa nak balik dari kelas..yang selalu duduk kat pavement sambil jual tisu2 dan barang2 lain(tak pasti apa barang ni)..berdasarkan plastik bag biru mak cik ni, mungkin betul tekaan saya..saya kenal plastik tu..oh ye!..saya adalah pejalan kaki (pergi-balik kelas) tegar..setiap hari saya akan lalu di tempat yang sama..dalam musim summer ni, rasanya hampir 98% pelajar Malaysia mahupun Mesir datang ke kelas dengan menaiki teksi..saya terkecuali..lebih suka berjalan sebab boleh tengok macam2..tengok gelagat manusia, tengok ciptaan alam..subhanallah!..dan dengan soalan pertama mak cik tu, saya yakin mak cik ni yang jual tisu kat tepi jalan tu..dan saya yakin jugak, mak cik ni perhatikan saya setiap hari..sampai dia boleh kenal walaupun jumpa di tempat lain..

rasa bersalah dengan mak cik tu..setiap kali saya lalu tepi jalan tempat dia jual tisu tu, dia mesti tunjuk tisu2 suruh saya beli..kadang2 saya malas nak layan..kadang2 saya jalan laju2 sebab nak mengelak dari dia..bila takde orang beli, dia buka Quran..dia baca..tak hiraukan orang yang lalu lalang..saya kesian, tapi tak tahu kenapa tak pernah ada rasa nak tolong mak cik tu..kalau setakat nak beli tisu dengan harga 1genih (≈ RM0.50), memang boleh sangat..dan semalam, walaupun saya tak pernah tolong dia, tapi dia masih ingat saya..terharu.. Mak cik, maafkan saya~ T_T

dan semalam jugak, tiba2 saya rasa nak beli tisu dari mak cik tu..buat pertama kalinya..seronok betul mak cik tu..berkali2 dia ucap,”Jazakillah”..mungkin dalam hatinya ada doa buat saya..sampai di mahattah Syatbi, saya ucap,”ma’assalamah (jumpa lagi)” dan “syukran” (terima kasih) pada mak cik tu..terus dia pegang erat tangan saya tanda bersaudara..mungkin dah lama dia tak rasa bahagia..mungkin dah lama rasa tak ada orang peduli dengan dia..entah..wallahualam, saya tak tahu..saya dapat rasakan ekor matanya mengiringi langkah kaki saya menuju ke imarah Abu Mahmoud..nak nangis!~



Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka pasti azab-Ku sangat berat” – (AQ, 14:7)

Barang siapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka pasti Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. – (AQ, 16:97)


p/s: kelas dah habis..jadi tak dapat nak jumpa mak cik tu lagi..mesti dia ingat saya akan lalu kat tempat dia duduk jual tisu tu sampai 10/8..mesti dia tunggu saya..minta maaf mak cik..saya tak akan lalu lagi kat tempat tu sampai sem baru mula..sedih~
p/s/s: wangi tisu tu..sewangi hati mak cik yang jualnya..^_^

Monday, July 4, 2011

kembali by Tashiru

Salam alayk~



Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Mengarungi hidup ini
Tanpa ada cubaan

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cobaan akan terjadi
Untuk menguji sabar diri dan ketaqwaan (T.T)

Akankah kita tetap tegar
Menjalaninya dengan keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadanya
Kapan dan dimana saja
Dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan dan pertolongan



( alahai..tak pakai tudung pulak kartun ni >.< )

Monday, June 20, 2011

suci sekeping hati

Salam alayk~



Duhai hati,
Mengapa kau sakit saat ini?
Derita apa yang kau alami?
Parahkah luka yang tergaris?
Sedalam mana kau terhiris?

Jawab Sang Hati:

Duhai insan,
Perlukah aku dipersalahkan?
Ternyata kau yang membuat kerosakan,
Lalu kau biarkan aku tanpa bantuan

Hari-harimu kau isi dengan kelalaian,
Kata-katamu penuh kepalsuan,
Masa lapangmu kau biar bergelimpangan,
Harta-hartamu kau kumpul setinggi awan,
Ilmu pengetahuan tersimpan tak disampaikan,
Kawan-kawanmu kau biar kesusahan,
Orang ramai pula sering dipersalahkan,
Dunia yang sementara kau sanjung,
Akhirat yang kekal kau sisihkan

Yang menjadi mangsa bukan dirimu wahai insan,
Tetapi aku!

Duhai insan,
Aku mohon, rawatlah diriku!
Carikan penawar mujarab,
Agar kau bisa berdiri tegap,
Terus mujahadah walau jatuh tertiarap





Friday, May 27, 2011

siapa saya??..

Salam alayk~

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke4 belajar module 5..module tentang musculoskeletal system..heh..macam mana kawan2??..masih mampu meneruskan module yang berbaki 3 minggu sebelum end-of-module exam??..kalau ‘ya’ jawapan anda, syabas!..kalau ‘tidak’ jawapan anda, kenapakah?..dan kalau jawapan anda ‘emmm..aaa...entahla..’, adakah anda pasti nak jadi seorang doktor?..fikir-fikirkan ye..Saya tahu, module ni agak susah..nak hafal nama tulang2 la, nama muscles la, artery lagi, vein, nerve jugak, dan macam2 lagi (banyak sangat sampai susah nak ingat, pelupanya saya..Astaghfirullah!)..



source : http://www.newmexicoorthopaedics.com/about_us/what_is_orthopaedics

Hey, come on la!..
Tak sedarkah kita, disaat kita menggaru2 kepala tanda tidak faham tentang flexor dan extensor pada upper limb, mereka semua sedang bekerjasama menghasilkan pergerakan jari,tangan mahupun lengan kita..mereka seolah2 ingin memberitahu kita bahawa merekalah yang sedang kita pelajari..kalaulah mereka mampu bersuara, mungkin mereka akan melaungkan,

"hey, akulah flexor digitorum profundus!"

“awak, saya dekat sebelah extensor carpi radialis brevis ni..takkan awak tak tahu?..”, kata flexor carpi radialis longus.

Tak sedarkah kita, disaat kita menggeliat tanda penat menghafal back muscles, trapezius muscle lah yang banyak membantu..deltoid muscles pada scapular region pula membantu kita meregangkan tangan supaya kita merasa selesa..sungguh baik mereka..kan?..kita tak ingat pun nama2 mereka tapi mereka tetap gigih bekerja untuk kita..

Kita seolah2 tidak mengenal diri sendiri secara fizikalnya sedangkan semuanya ada pada diri sendiri..kita tidak melapangkan waktu sedikit pun untuk mengenali diri sendiri..

“Dan dibumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?” (QS 51 : 20-21)

“Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang mukmin. Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran (dibumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini. (QS 45 : 3-4)

Jadi kawan2..tunggu apa lagi..jangan buang masa..kita belajar tentang musculoskeletal system ni bukan hanya kerana nak pass exam..bukan sebab nak jadi doktor..tapi kita nak mengenali diri sendiri, nak meneliti ciptaan Allah swt yang paling unik, sebaik-baik ciptaan..kita diberi peluang keemasan yang tidak semua orang boleh dapat..belajar dan menghafal dengan niat mengenali ciptaanNya insyaAllah menjadi senang..bukan sekadar belajar dan menghafal secara membabi buta..Rabbuna Yusahhilukum!


Wallahu’alam

Friday, April 22, 2011

22 : 11

salam alayk~

"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi; maka jika dia memperoleh kebajikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cubaan, dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan akhirat. Itulah kerugian yang nyata"

[AQ 22:11]