Wednesday, April 20, 2011

mahu kau tahu

salam alayk~


(click image to enlarge..tq)

::soul of yaRuhi::
Thursday,
20th May 2010,
12:37:17 PM

Wednesday, April 13, 2011

surat untuk awak

salam alayk~



tiba2 rindu kat seseorang..nasib baik terbaca emel yang dia bagi..hee..tapi saya dah videokan..bagi feeling sikit..(p/s: sila pause kan sebentar 'musafir rawan' disebelah untuk menambah feeling ketika menghayati video ni)..=)

terima kasih awak!..ni saya balas surat awak..

______________________________

awak!..
saya pun rindu awak jugak..bile saya baca "Denyut Kasih Medik" yang awak hadiahkan tu,mesti saya teringat kat awak..

saya masih di bumi Allah ni,awak..di bumi barakah,Bumi Anbiya'..masih bernaung dibawah langit yang sama..

saya nak minta maaf..saya tak sempat nak bagi alamat baru saya kat awak..nanti saya bagi ye..awak boleh poskan berapa banyak surat yang awak nak hantar..kalau sampai,insyaAllah saya akan baca..ye awak?..

pasal nombor telefon tu,awak jangan marah saya ye?..saya memang takde nombor telefon rumah awak..sebabnya,awak tak pernah bagi pun..

awak, saya ada je kat sini..saya tak pergi mana2 pun..awak pakailah but awak yang boleh keluarkan api kat tapak tu..dan awak terbanglah ke sini..saya tunggu..

lepas tu kan awak,kita boleh la main bola sama2 kan?..walaupun saya dah jadi girlish,saya masih nak main dengan awak..bolehkan?..

kalau nak main mak2,saya segan lah awak..kita kan dah besar..tapi kalau awak nak main jugak,saya tak kisah..

saya tau,awak tak pernah berhenti cari saya, kan?..
awak cari dalam belukar tempat kita main askar2 dulu, awak cari kat tepi laut tempat kita selalu tunggu matahari terbenam, dekat rel keretapi, tapi awak,saya takde kat situ..itu cerita dulu..sekarang saya kat tempat lain..

kemudian awak tanya orang, kawan2 kita dulu..tapi semua orang tak tau..awak mesti penat kan?..tapi saya tau, awak orang yang kuat..tak pernah berputus asa..awak terus menunggu berita dari saya walaupun awak tau saya tak akan muncul..

saya pun nak jumpa awak sangat!..ada sesuatu yang saya nak tunjuk..sangat bermakna..

awak tau, saya pun dah dapat cahaya yang sama macam awak dapat..kalau macam tu, kita kongsi sama2 lah ye?..agar kita sama2 merasai kemanisannya, dan menikmati keharumannya..

awak, saya masih ada kat sini..insyaAllah kita akan berjumpa lagi..kita kan di jalan yang sama..saya doakan agar kita sama2 kuat dalam mengharungi jalan ini, menuju ke destinasi yang satu..

kerana,saya..saya pun..sayangkan awak..sangat2..

awak jangan nangis ye!!..


Buat awak yang saya rindu sangat2 ='(,
Haziqah (Jieq)

Saturday, November 6, 2010

bumi asing

salam alayk~

alhamdulillah,genap sebulan berada di bumi Mesir..insyaAllah meneruskan perjuangan sebagai pelajar perubatan di Alexandria University..semoga diberi kekuatan olehNya..=)

ikuti kisah pengembaraan selanjutnya di:

http://ivegotfaith-yat.blogspot.com/

wassalam..

Sunday, August 1, 2010

siapa salah??..

Salam Alayk..

aha..kawan2,tajuk di atas tak bermaksud saya nak bercerita kisah pergaduhan..rasanya saya tak buat salah dengan sesiapa..dan sesiapa pun takde buat salah dengan saya..saya kan budak baik..^^

-------------------------------------------------------------------------------------

"ish,ni sume ko punye pasal la kan?!..kalau tak,takde jadi camni.."

"geram betol la ak ngan si fulan tu..dia yang buat hal,aku pulak yang kene..huh.."

"siap la..kalau aku jumpe dia,aku balas balik ape dia dah buat kat aku.."

ada sesiapa yang tak pernah dengar ayat macam ni??..bagi anda yang pernah dengar,tahniah saya ucapkan..bagi yang tak pernah,cuba anda buat2 pernah dengar..ehe..ini adalah satu fenomena aneh atau yang lebih tepat lagi,penyakit masyarakat kini....kita selalu salahkan orang lain atas sesuatu masalah yang berlaku..dengan selamba kita marah2,tuduh orang lain cuai..sesetengah orang boleh terima,tapi yang sesetengah lagi tu?..tak ke kesian..haih~

ada pula tu sampai bergaduh..tak nak bertegur sapa..ish3..tak baik camtu..pernah tak anda terfikir,sesuatu masalah tu sebenarnya berpunca dari diri sendiri..contohnya macam ni:

kes:
anda baru sahaja membeli sepasang kasut baru yang mahal..yang diidam-idamkan sekian lamanya..dek kerana terlalu gembira dan bangganya,anda sengaja meletakkan kasut tersebut di depan pintu rumah..konon2nya nak tunjuk kat semua orang la kan..secara kebetulan,datang la saudara mara nak menziarah..dibawa pula anak2 kecil yang tak faham bahasa..budak2 tu pun terpijak dan terkotorkan kasut baru tersebut..

reaksi anda:
dah tentu la mengamuk habis-habisan!!..

sepatutnya:
hem..salah aku jugak..sape suruh berlagak sangat..nak menunjuk-nunjuk konon..simpan elok2 dalam almari sudah la..orang pun tak heran nak tengok..padan muka!..

-------------------------------------------------------------------------------------

jelas kan??..
jadi,lepas ni fikir dulu sebelum bertindak..takut2,diri anda yang merana..jangan nak perasan anda je yang betul..ada perkara kita memang kena nasihat atau tegur..tapi jangan terus nak salahkan orang lain..ingat!..manusia mana yang tak pernah buat salah..sudi2 lah maafkan orang lain..

wassalam..=)

Sunday, July 4, 2010

kesekian kalinya,,ahah

salam alayk..

hehe..sori2 ye pembaca setia sekalian..dah lame tak update..

ye..baru je abes exam yang sekian lame ditunggu..A-LEVEL..setelah 2tahun berusaha demi mendapatkan result melepasi cut-off point..semate-mate untuk fly..adeh..ape boleh buat..so,secara rasminya,saye mengisytiharkan bahawa saya bukan lagi pelajar ALM9 di INTEC..hahah..dikesempatan ini,saye ingin memohon maaf kepada rakan-rakan se'ALM9' kalau ada buat salah,halalkn makan minum,ilmu dan sume la..hope kite sume dapat result yg terbaik dan fly dan seterusnye mencapai cita-cita..opss!..haha..berfikiran jauh..tp insyaAllah..